Friday, July 31, 2009

CONTOHLAH BRO NIE


Etika mat motor
Bekas pelumba Castrol kongsi tip tunggang motor cara selamatSABAN hari bagai tidak lengkap paparan berita tanpa laporan kemalangan jalan raya. Tidak keterlaluan andai dikata, macam ada yang tidak kena jika tragedi kemalangan tidak dikaitkan dengan penunggang motosikal. Apa puncanya hingga ramai penunggang motosikal terbabit dalam nahas jalan raya? Lebih menyedihkan, ramai pula terkorban hingga menyumbang kepada statistik angka kematian terbesar akibat kemalangan jalan raya. Pelbagai kempen keselamatan jalan raya sudah dianjurkan, namun keadaan nampak tidak berubah. Menyedari masalah serius itu, pengeluar minyak pelincir, Castrol bekerjasama dengan bekas pelumba motosikal negara, Wazi Abdul Halim mengendalikan program berkonsepkan panduan keselamatan jalan raya. Program ini menjadikan pelajar sekolah sebagai kelompok sasaran utama bagi menyuntik aspek kesedaran dan kepentingan keselamatan jalan raya. Program Keselamatan Jalan Raya Castrol Ke Sekolah yang mula diperkenalkan dua tahun lalu, membabitkan penyertaan 21 sekolah menengah di Semenanjung Malaysia. Kementerian Pelajaran memilih sekolah yang layak menyertai program itu selepas menimbang beberapa kriteria seperti pencapaian akademik, lokasi serta latar belakang populasi pelajar di bandar dan luar bandar. Mengulas mengenai program keselamatan jalan raya itu, Wazi yang juga bekas juara kategori Expert dalam kejuaraan Cub Prix Malaysia, mengakui waktunya sudah tiba untuk pelbagai pihak menggembleng tenaga menangani masalah serius yang dihadapi penunggang motosikal di jalan raya. Sambil mengumpamakan kes kemalangan jalan raya membabitkan motosikal sebagai 'barah', Wazi berkata, masalah teknik mengendalikan motosikal serta kurang mengambil berat soal keselamatan jalan raya menjadi antara sebab kemalangan terus berlaku. "Sukar andai tiada perasaan takut serta sayang diri sendiri. Inilah akibatnya jika tidak sayang nyawa sendiri hingga sanggup menggadainya di jalan raya. Bukankah itu sia-sia. "Bayangkan, jika sudah berusaha bersungguh-sungguh, belajar hingga ke universiti tetapi akhirnya terbabit dalam kemalangan jalan raya. Insiden ini pula berlaku hanya kerana tidak menitikberatkan soal keselamatan," kata Wazi dalam nada serius. Selepas tiga tahun bersara daripada arena sukan bermotor, bekas pelumba motosikal kebangsaan ini serius membantu masyarakat terutama pelajar sekolah dan remaja dalam menyuntik kesedaran keselamatan jalan raya.
Wazi yang kini bertugas sebagai jurulatih di Akademi Latihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), berkongsi tip dan pengalaman 17 tahun berkecimpung dalam sukan bermotor yang membawanya menjelajah seluruh dunia. Ceritakan perkembangan terkini Wazi? Selepas bersara dalam dunia permotoran, saya banyak terbabit dalam program keselamatan jalan raya. Kali ini saya dan Castrol mengendalikan program membabitkan pelajar sekolah menengah. Sebanyak 21 sekolah menengah dipilih Kementerian Pelajaran Malaysia dalam program ini yang akan bermula lusa hingga 2 April depan. Kriteria pemilihan sekolah merangkumi latar belakang berbeza mengikut penilaian kementerian. Menariknya, penganjuran kali ketiga ini membabitkan ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Ini secara tidak langsung membabitkan penyertaan ibu bapa dalam aspek disiplin diri dan faktor keselamatan jalan raya. Bagaimana Wazi terpilih menjadi jurucakap Program Keselamatan Jalan Raya Castrol Ke Sekolah? Idea itu timbul ketika saya bertemu wakil Castrol pada 2006 dan kami berbincang isu keselamatan jalan raya, terutama yang membabitkan penunggang motosikal. Kebetulan, Castrol memulakan langkah memperkemaskan aktiviti kebajikan di mana secara tidak langsung membawa kepada kempen keselamatan jalan raya. Nyata, idea untuk memberi taklimat dan program kepada pelajar sekolah adalah permulaan yang baik kerana mereka ini pelapis negara. Difahamkan, Wazi turut menyampaikan ceramah dalam program ini. Boleh jelaskan lebih lanjut pengisiannya? Mulai Isnin ini, Program Keselamatan Jalan Raya Castrol Ke Sekolah akan berkunjung ke sekolah menengah terpilih. Kami akan memberi panduan serta etika keselamatan jalan raya. Semestinya saya terbabit secara langsung dengan memberi tip serta berkongsi pengalaman memastikan pelajar tidak mempersiakan usia remaja dalam aktiviti tidak sihat serta menunggang motosikal dengan selamat. Program sehari ini yang sudah dua tahun diadakan mendapat maklum balas baik daripada pelajar, guru serta pengetua. Ceritakan pengalaman anda mengendalikan program ini? Pelbagai pengalaman diperoleh kerana kita berdepan pelbagai karektor pelajar. Dalam satu insiden di sebuah sekolah di luar bandar, saya terkejut mendapati sebuah motosikal yang digunakan pelajar tidak dilengkapi brek keselamatan. Bayangkan, apa yang bakal berlaku andai pelajar itu berdepan detik mencemaskan atau kemalangan. Inilah antara faktor yang ingin kita tekankan iaitu keselamatan, sayangi diri sendiri serta etika di jalan raya. Bagaimana cara terbaik untuk menitikberatkan soal keselamatan di jalan raya? Pertama sekali, pengguna jalan raya tidak kiralah motosikal mahupun pemandu kenderaan lain perlu tahu faktor keselamatan di jalan raya. Sebagai pemandu, kita patut tahu kesan dan risiko kemalangan yang boleh berlaku pada kelajuan tertentu. Sebab itu, adanya had laju yang perlu dipatuhi. Apa yang penting, usah panik apabila berlaku kecemasan seperti tayar pecah. Kita juga harus ada alternatif untuk memastikan keselamatan diri dan penumpang lain terjamin ketika berdepan risiko kecelakaan. Apakah yang lazim anda tekankan ketika memberi ceramah dalam program keselamatan jalan raya? Prinsip saya cukup mudah. Pertama, sayangi diri sendiri. Kedua, hormati orang lain. Ini secara tidak langsung mampu mengelak kecelakaan jalan raya. Saya selalu tekankan kepada anak muda supaya menyayangi diri sendiri dan jangan mempersia-siakan hidup dengan terbabit dalam kemalangan di jalan raya. Apatah lagi memilih untuk berlumba di jalan raya secara haram. Kepentingan dan pengaruh motosikal dalam kehidupan rakyat di Malaysia? Tidak dapat saya nafikan motosikal menjadi sebahagian daripada gaya hidup masyarakat. Tidak kira di Kuala Lumpur hinggalah ke kawasan pedalaman, motosikal memberi impak besar dalam meneruskan kelangsungan hidup. Jika di bandar, motosikal digunakan sebagai alternatif mengelak kesesakan lalu lintas, di luar bandar pula ia menjadi alat pengangkutan. Tetapi, di sebalik penggunaan motosikal, masih ramai yang kurang peka terhadap aspek keselamatan terutama pemakaian topi keledar. Walaupun sekadar bermotosikal ke kedai, kemalangan boleh berlaku di mana saja. Pandangan anda mengenai kegiatan lumba haram? Isu ini bukan saja parah tetapi boleh dikatakan barah kepada negara. Di mana-mana saja, ada saja kegiatan lumba haram. Sayangnya, kegiatan lumba haram menjadi semakin membimbangkan apabila anak muda yang terbabit dalam kegiatan ini melakukan jenayah seperti mencuri motosikal, bergaduh serta sanggup melanggar polis semata-mata mahu lari daripada sekatan jalan. Seharusnya hukuman lebih berat dikenakan bagi pesalah lumba haram. Apakah ada alternatif atau cadangan anda mengatasi masalah lumba haram? Dalam konteks ini, banyak kajian sudah dijalankan tetapi kesannya hampir sama saja. Bagi saya, tidak bermakna andai kempen membanteras lumba haram dilakukan hanya semusim, sebaliknya harus ada langkah berterusan hingga ke akar umbi. Melalui cara yang lebih bersistematik, mungkin akan ada kesannya untuk jangka panjang. Anda masih terbabit dalam sukan lumba? Oh tidak, saya sudah dua tahun meninggalkan arena sukan bermotor. Tetapi saya masih seronok menunggang motosikal. Terbaru, saya baru balik mengikuti ekspedisi bermotosikal ke Chiang Rai, Thailand. Agaknya berapa motosikal dalam simpanan Wazi? Saya memiliki tujuh motosikal di mana semuanya saya sayang, termasuk Yamaha R6. Bagaimana mulanya Wazi boleh terbabit dalam sukan bermotor? Seperti remaja lain, saya berpeluang memiliki motosikal sebaik tamat pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Bekerja di sektor perbankan, saya berpeluang membeli motosikal pada usia remaja. Mengenai pembabitan awal dalam sukan bermotor, ia berlaku secara tidak dirancang di Ipoh, Perak. Mulanya suka-suka, akhirnya saya nekad berhenti kerja semata-mata mahu lebih serius dalam sukan bermotor. Alhamdulillah, selama 17 tahun berkecimpung dalam dunia permotoran, saya benar-benar puas. Apakah cabaran yang perlu dihadapi pelumba motosikal? Kemalangan sudah menjadi asam garam sukan bermotor. Begitu juga dengan kenangan pahit yang saya alami ketika berlumba di Pulau Pinang, di mana saya terbabit dalam kemalangan. Sedihnya, ketika itu saya begitu konsisten dan menjadi peserta pilihan untuk memenangi kejuaraan. Malangnya, saya terlantar di hospital selama tiga hari akibat nahas itu. Bagaimana pula kenangan manis? Oh, tentunya banyak sekali. Paling mengujakan saya terpilih menyertai pasukan Kenny Robert dan berpangkalan di Sepanyol selama setahun. Namun, kegawatan ekonomi memaksa saya pulang ke tanah air. Mengapa anda memilih menjadi pelumba motosikal dan tidak bukannya aktiviti sukan lain? Bagi saya, pembabitan dalam sukan bermotosikal datang tepat pada ketika dan masanya. Mungkin saya menjadi pelumba kereta andai saya memiliki kereta pada usia remaja. Siapa tahu? Saya sukakan cabaran dan gemar bersaing dalam apa keadaan sekalipun. Apakah ciri penting yang perlu ada sebagai pelumba motosikal? Disiplin diri dan mengekalkan tahap kecergasan badan. Elak sama sekali menghisap rokok dan meletakkan sasaran sebaik mungkin dalam perlumbaan yang disertai. Bagaimana caranya jika anak muda berminat menceburi sukan bermotor? Memang ramai anak muda ingin menceburi sukan bermotor. Ramai yang berkebolehan dan saya tidak nafikan itu. Namun, kita juga perlu lihat apakah mekanisma dan program latihan sistematik yang boleh diikuti tanpa menggadai keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Era sekarang, senario anak muda jauh berbeza. Apa yang dilarang menjadi sesuatu yang ingin diterokai. Justeru, ibu bapa tidak harus sekadar menegah sebaliknya harus menjelaskan mengapa sesuatu perkara ditegah. Kaedah yang lebih praktikal harus diambil untuk memastikan anak-anak tahu menilai keburukan berbanding kebaikannya. Biodata:
Nama : Wazi Abdul Hamid
Umur: 38 tahun
Tarikh lahir : 10 April 1971
Tempat lahir : Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Tinggi : 162 sentimeter
Berat : 53 kilogramPembabitan:
Mofaz Group (Momos Team) 2006
Aprilia Motomilia 2005
Shell KF Yamaha (2000 - 2006)
Lion Suzuki Marketing (1999 - 2000)
Kawasaki Sunrock 1998
Yamaha Marlboro Asia 1997
Suzuki Hirev Malaysia 1992 - 1996Kelayakan:
Majlis Latihan Australia 1996
Enam kali latihan penunggangan lanjutan di Pusat Latihan Kenny Robert di Barcelona, Sepanyol 1995 - 1997

INFO HIBURAN

KONSERT JAMAL

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, konsert Jamal Kembara Seniman akan dipersembahkan di Istana Budaya. Konsert yang menampilkan persembahan istimewa dari penyanyi yang bersuara emas, Jamal Abdilah atau nama sebenarnya Jamal Ubaidillah Ali ini dijangka mendapat sambutan yang menggalakkan dari segenap lapisan masyarakat. Bukan sekadar konsert biasa, sebaliknya Jamal Kembara Seniman mempunyai cerita dan kisah di sebalik perjuangan Jamal sepanjang 30 tahun sebagai anak seni. Bermula dari lahir, zaman remaja, kenangan menyanyi di Pasar Minggu Teluk Anson (Teluk Intan), penyertaan dan menjuarai pertandingan Bintang RTM (1979), sehinggalah zaman kegemilangannya bergelar penyanyi. Sepanjang tempoh tiga dekad dalam industri seni, penyanyi, pelakon dan komposer kelahiran Ipoh Perak ini juga tidak terkecuali daripada meniti babak duka dalam kehidupannya. Dengan menganggapnya sebagai pengalaman berharga yang mematangkan lagi dirinya, kata Jamal, episod-episod hitam itu akan turut dikongsi dengan penonton pada persembahannya itu nanti. Turut dipaparkan, konflik bersama Datuk Ahmad Nawab yang sedikit masa dulu pernah menjadi perhatian pihak media dan juga orang ramai. “Konsert ini bukan sahaja memaparkan kisah kegemilangan saya sebagai penyanyi, tetapi juga turut memuatkan kisah sedih dan konflik yang pernah saya hadapi. Saya nak kongsi dengan penonton bagaimana saya ‘survive’ dan teruskan kehidupan ketika dalam keadaan tertekan. Di mata masyarakat, saya popular dan dipuja setiap masa, tapi hakikat di sebalik diri saya yang sebenar, jiwa saya kosong dan sepi. “Saya anggap pengalaman hitam itu sebagai satu proses kehidupan yang telah memberikan pengajaran yang bermakna untuk saya teruskan kehidupan. Dan saya fikir, kenapa tidak saya buat kebaikan untuk diri sendiri. Kalau diikutkan, sudah lama saya jutawan, tapi saya tak pernah menyesal dengan apa yang telah berlaku dalam kehidupan saya sebelum ini. Setelah lama tersungkur, apa yang saya capai sekarang, ‘kesedaran dan kewarasan’ inilah kekayaan saya yang sebenar,” kata Jamal yang ditemui ketika majlis sidang media konsertnya itu di Istana Budaya baru-baru ini. Ditanya tentang segmen paling istimewa dalam persembahannya itu nanti, Jamal berkata, memori di Pasar Teluk Anson (Teluk Intan) dan juga perjalanannya ketika menyertai dan menjuarai Bintang RTM adalah yang paling indah untuk dikongsi. Beliau yang pada mulanya pemuda biasa yang sering menyanyi di bawah pokok, tidak menyangka akhirnya menjadi pujaan ramai setelah menjuarai Bintang RTM ‘79. Tanggungjawab bertambah Mengulas tentang konsertnya yang bakal menjelang pada 5 hingga 9 Ogos itu, Jamal memberitahu, sehingga kini team produksi miliknya, Bintang Chanell dan pihak Istana Budaya masih giat melakukan kerja-kerja akhir untuk memastikan persembahannya selama lima malam itu berjalan dengan lancar. Beliau yang kini terpaksa menggalas tanggungjawab sebagai pengarah persembahan, setelah penarikan diri pelakon dan pengarah, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy, tidak menganggapnya sebagai satu beban untuk menjayakan konsertnya itu. “Setelah penarikan Ogy, saya membuat keputusan untuk memikul tanggungjawab itu (pengarah persembahan) sendiri kerana hanya saya yang lebih faham tentang diri saya, dan apa yang bakal dipersembahkan itu nanti juga adalah kisah tentang saya. Insya-Allah, setakat ini tak ada masalah. Dengan adanya khidmat dari Zainal Abidin Bujang yang merangkap sebagai pengarah persembahan dan pengarah tari, saya harapkan konsert ini akan berjalan lancar,” kata Jamal yang ada memberitahu penarikan Ogy disebabkan komitmen lain. Selain Jamal sebagai artis utama, Jamal Kembara Seniman turut menampilkan pemenang Bintang RTM 2009, Nur Ernie, (johan) Jo-Anna Sue (naib johan) dan Nur Fatin (tempat ketiga) sebagai artis undangan. Mengulas tentang pemilihan mereka, kata Jamal, memandangkan dia juga berasal dari Bintang RTM, maka dia berbesar hati untuk bekerjasama dengan RTM, di samping memberi peluang kepada penyanyi-penyanyi baru itu untuk menonjolkan bakat mereka. “Kalau boleh saya nak panggil ramai artis, tapi budget kurang. Lagipun orang datang untuk tengok saya," kata Jamal.

INFO BOLA





Sir Bobby Robson meninggal dunia: 1933-2009

Friday, 31 July 2009
Robson kali terakhir dilihat menyaksikan perlawanan amal antara bekas pemain Piala Dunia 1990, England dan Jerman pada Ahad lalu
Bekas pengurus England, Sir Bobby Robson, 76, meninggal dunia hari ini selepas bertarung lama melawan penyakit barah yang dihadapinya.
Robson dilantik sebagai pengurus skuad kebangsaan England selepas berjaya membawa Ipswich Town memenangi Piala FA dan Piala UEFA pada 1978 dan 1982.
Layak ke separuh akhir Piala Dunia 1990 adalah antara pencapaian terbaik beliau sepanjang mengemudi pasukan England.
Beliau pernah menjadi pengurus PSV Eindhoven, Sporting Lisbon, FC Porto dan Barcelona sebelum kembali mengemudi pasukan tempat lahirnya di timur laut England, Newcastle United pada 1999.
Robson dilahirkan di County Durham dan mula menambat hati rakyat Britain selepas berjaya membawa England dikenali sebagai gergasi bola sepak Eropah.
Pemecatan beliau selaku pengurus Newcastle pada Ogos 2004 sering disifatkan peminat-peminat The Toons sebagai satu sumpahan yang menyebabkan kemerosotan skuad tersebut sehingga tergelincir ke Liga Kejuaraan musim depan.
Robson menghabiskan kariernya sebagai pemain bola sepak profesional di Fulham, West Bromwich Albion dan Vancouver Royals yang kini sudah berkubur termasuk mewakili England dalam Piala Dunia 1962.

Wajah tampan Robson sewaktu zaman kegemilangannya dalam bola sepak England sering menjadi kegilaan gadis-gadis ketika itu
Mendiang menderita barah selama 18 tahun dan kali terakhir dilihat umum pada Ahad lalu ketika menyaksikan perlawanan amal Newcastle United antara bekas pemain kebangsaan England dan Jerman yang pernah beraksi dalam Piala Dunia 1990 termasuk jemputan khas dari Yayasan Sir Bobby Robson.
"Dengan dukacitanya dimaklumkan Sir Bobby Robson telah meninggal dunia selepas bertarung lama melawan barah yang dihidapinya," kata kenyataan dari keluarga mendiang.
"Pengebumian Sir Bobby hanya dibuka kepada ahli keluarganya saja. Upacara memperingati Sir Bobby akan diadakan kemudian untuk kawan-kawan dan teman sepasukannya.
"Isteri Robson dan pihak keluarga amat menghormati kerjasama semua agar upacara pengebumian peribadi ini dihormati," kata kenyataan itu lagi.

AYAM KAMPUNG

RM20j bantu sektor penternakan ayam
Khamis, 30 Okt 2008, 1 Zulkaedah 1429, www.bharian.com.my
KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memperuntukkan RM20 juta sebagai modal pusingan stok penimbal ayam beku bagi peringkat pertama untuk mengurangkan kebergantungan negara pada import bekalan ayam proses.
Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin, berkata ia juga sebahagian usaha kerajaan untuk menyelamatkan industri pente
rnakan ayam daripada terus menanggung kerugian 20 peratus iaitu RM1 bagi setiap kilogram ayam akibat kos pengeluaran yang tinggi.
Katanya, pada dasarnya Kabinet bersetuju meluluskan peruntukkan itu, namun pihaknya masih menunggu hitam putih kelulusan itu kerana membabitkan Kementerian Kewangan untuk memproses peruntukkan itu dengan segera.
“Sebagai jalan keluar daripada masalah ini, kita bersetuju membantu industri (ternakan ayam) dengan membeli lebihan ayam untuk stok penimbal bagi mengimbangkan harganya di pasaran kerana kos operasi kini terlalu tinggi berbanding harga ladang.
“Ayam bulat yang dibeli ini akan diproses dan diletakkan dalam stok penimbal, apabila berlaku kekurangan bekalan dan ketidaktentuan harga makanan khususnya ketika harganya melambung tinggi pada musim perayaan kita akan keluarkan, namun ia hanya boleh disimpan antara enam bulan sehingga setahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Ogos lalu, akhbar melaporkan pihak JPV mewujudkan stok penimbal ayam beku yang memerlukan peruntukan RM10 juta untuk memastikan 500,000 ayam beku setiap hari berada dalam stor simpanan sedia ada milik Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan individu yang disewa.
Skim itu dijangka mengatasi masalah kekurangan ayam dan lambakan ayam di pasaran khususnya di beberapa negeri yang sering mengalami masalah bekalan itu seperti di pantai timur Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
.
JualBeli Ayam Kampung, Menternak, Membekal Baka & Telur Ayam Kampung yang Segar dan Berkualiti.